I may not be a good friend and poor, and I tried to be the best, but I still appreciate every moment that God has given to me..

Disember 06, 2011

Wait n C

Upload gambar dengan pakwe/makwe ~ (sweetnya)
Naik moto ngan pakwe/makwe ~ (jiwangnya)
Pegang tangan ngan pakwe/makwe ~ (romantiknya)
Serahkan maruah pada BF ~ (setianya)

X da pakwe/makwe ~ (Kau hidup dalam zaman batu)
X pernah naik moto ngan yang bukan mahram ~ (Kau x sporting langsung)
X pernah pegang tangan ~ (Kau becinta ka apa??).
Jaga Maruah luar dan dalam ~ (Hek-elleh..macam la dia tu bagus sangat)

"kat dunia, berlagak la puas² mengata orang sana sini, kat akhirat nanti, kita pasti akan tahu, siapa betul, siapa salah..di akhir zaman , yg betul dianggap salah dan yg salah dianggap betul.."

sorry too say la beb!!!!!

Disember 05, 2011

Memang GILA

Mak: Lesen! tolong beli santan!
Lesen: Lesen tgh main PSP la mak!
Mak: Otak! tolong mak beli santan!
Otak: Otak tgh berak la, mak!
Mak: Kad pengenalan, tolong beli santan!
... ... ... Kad pengenalan: Kad pengenalan tgh main facebook la mak!
Mak: Gila, tolong beli santan!
Gila: Ok, mak!
Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju.
Gila: Ada apa, encik?
Polis: Mana lesen?
Gila: Lesen tak ada dgn saya, dia tgh main PSP.
Polis:Kad pengenalan kamu mana?
Gila: Kad pengenalan tgh main facebook.
Polis: Kamu tak ada otak ke?
Gila: Otak tgh berak. Polis kenal keluarga saya ke? Semua nama adik beradik sya encik tahu.
Polis: Awak ni gila, ya?
Gila: Nama saya memang Gila..
Polis: Ergh..~!@#$%^&*()_ --''

Disember 04, 2011

LELAKI vs LOVE is CINTA

CINTA
satu perkataan yang sering kita dengar. macam-macam maksud yang orang tafsir. setiap orang ade tafsiran sendiri mengenai cinta. ada acuan sendiri untuk kisah cinta mereka.

CINTA Sejati
sangat sukar ditemui. tapi tu tak bermakna ianya tak wujud. kan?

Pada aku CINTA
a GAME with NO rule
(coz play it safe, play it right, its a gamble)

CINTA pada Korang???
(*sila beri tafsiran sendiri*)

"American Idol 2011 Chris Medina Fiance Has Brain Damage and Sings His Heart Break Even For Her"

AKU bukan DOKTER FALSAFAH

malam-malam sunyi..kadang-kadang buat aq ingat kisah lama...
takdir mengubah segalanya....
(jap... kasi aq bersajak suka2x)
"panas sampai ke petang"
itu harapan
"hujan di tengah hari"
itu dugaan
"hadirnya pelangi selepas hujan"
itu rahmat tuhan

pelangi??
pelangi itu indah
berwarna warni
sempurna pada pandangan
sesempurna jalan ceritanya
hadirnya selepas hujan


kehidupan??
hakikat hidup tak semua indah
namun
setiap janji ALLAH itu pasti
setiap yang terjadi ada hikmahnya
setiap zarah bergerak ada tujuannya
setiap liku kehidupan ada matlamatnya
(macam dokter falsafah la pulak)

merangkak kadang terkandas
(dah boleh jalan nak merangkak)
berjalan kadang jatuh
berlari kadang tersungkur
sakitnya usah dicerita
deritanya tak semua mampu rasa
kerana kita semua punya jalan tersendiri
jalan yang sempurna atas kehendak-NYA
bersyukurlah kita diuji
itu bukti kasih sayang-NYA
bersyukurlah atas semua nikmat-NYA

Firman Allah yang bermaksud:
“Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

November 30, 2011

my heart fav movie aku

series... mau sangat tengok cita nehhhh... ntah la nak ckp mcm na... nak kata ada sama gan kisah idop aq??? x kot... tp series aq xkn jemu tengok cita nehhh... sedey 2 ad la gak..
puas dok cari full movie dy.. tp ta jumpa.. cari cd kat kedai telah la nak ad... dah lama da cita neyyyyy

November 03, 2011

renung-renungkan.....

Ujian dan dugaan datang dalam pelbagai warna dan rasa...yang penting bagaimana manusia melihat dan menilai...ramai yang terjatuh dek kerakusan hatinya.


Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.


Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.


Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah. Wallahua’lam.

Oktober 14, 2011

LELAKI??? perlu kea mcm nie???

Gadis : apesal awk ikut sy ni ?
Lelaki : sy xtau . Awk cantik sgt . Sy rase , sy dh jatuh dgn cinta awk .
Gadis : hmm , awk xjumpe lg kawan sy , die lg cantik dr sy .
Lelaki : hmm ?
Gadis : die dekat belakang awk .
Lelaki : *pusing* xde sape pon .
Gadis : kalau awk btol2 dh jatuh cinta sy , tak mungkin awk akan pusing..

Oktober 01, 2011

Adakah anda begini???

go to school, to attend CLASS.
C.L.A.S.S. = Come Late And Sleep Silently.

at home, we have to STUDY.
S.T.U.D.Y. = Sleep, Tv, Unlimited-sms, Dota, Youtube.
... ............
in class, we're given HOMEWORK.
H.O.M.E.W.O.R.K = Half Of My Energy Wasted On Random Knowledge.

while doing homework, we refer to TEXTBOOK.
TEXTBOOK = TEXTing + faceBOOK

CINTA

C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T- Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

LELAKI (amex koww)

LELAKI
Di Sebalik Kerasnya Lelaki, Mereka juga Menangis~Tetapi Air Matanya Jarang Mengalir
LELAKI
DI Luar Semuanya Terkawal, Bkn Krn EGO Ttpi Menangis Bg Lelaki Adalah Tlalu Pribadi, Sbb Lelaki Perlukan Ruang Utk Bsendirian, Menangis tanpa D Perhatikn~
LELAKI
Sekeras2nya Lelaki pasti Mengalirkn Air Mata Tatkala Rindu Mencengkam JIwa Insan Yg D sygi Pergi Bt Selama2nya ~


TANGISAN 'LELAKI SEJATI' ADA KEKUATAN TERSEMBUNYI YG LUARBIASA..^_^

September 26, 2011

WANITA SOLEHAH buat DIA

‎-Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
-Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.
-Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita.
->Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki,
Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami..

biar aku xcantik d mata KAMU




1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA... NAK COVER SEGALA2NYA


2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN.

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN aDA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA


9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence haha..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK
Dan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbut

Firman Allah swt,

waHai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA

jangan pernah ada BENCI

anna cici, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu cici. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Cici sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu cici. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi". Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu cici.
Cici mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


glitter-graphics.com

September 22, 2011

CONDITIONAL untuk RAMBUT

ustaz :Lawa rambut.
Awak pakai ape
Si gurl: Ustaz nak kenakan saya ke?
Ustaz: Taklah.
Rambut anak pempuan saya yg kecil tu selalu je kusut. Lagi2 bila bawah matahari.
Benda yg awak pakai ni tahan matahari ke?
Si gurl: Ooo.. Saya pakai *** ustaz.. Nak lagi lawa tambah *** sikit...
Blalalala... Memang tahan matahari. Tahan haba.
Ustaz: Ooo... Agak2 dengan bara api neraka tu tahan tak?
untuk peringatan diri sendiri dan semua~~(^_^)

SAYANG kerana HATI

Ginjal tanya Jantung.. "syg di mana?"
Jantung jawab tak tahu..

Jantung pun tanya Paru-paru.. ''syg di mana?''
Paru-paru cakap tak tahu..
Paru-paru tanya hati.. ''syg di mana?''
Hati pun jawab.. syg ada kat sni..
Ginjal, Jantung dan Paru-paru hairan.. Knp syg ada di Hati??
Hati jawab.. Hati dipilih oleh Allah untuk memiliki syg.. kerana syg, Hati rela menangis, kerana syg Hati rela di lukai.. Dan kerana syg, Hati rela berkorban..
♥♥ So, Jagalah hati sebaik mgkin =)

September 18, 2011

CINTA dan PERKAHWINAN

Kahwini lah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain...itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah kita mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain....

Mungkin cinta yang datang kepada kita itu adalah "Cinta" dari Allah s.w.t.....hargainya dengan penuh keikhlasan hati kita...mungkin kita tidak akan memperolehi lagi Cinta yang sedemikianLebih dari segalanya..hargailah Cinta yang kita terima itu kerana insyallah "Cinta" itu akan bertahan lama...Kadang kala, hati melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata........


Ogos 17, 2011

cinta vs kurap


betul ke cinta tu ibarat kurap makin garu makin sedap
ke
cinta tu ibarat penyakit campak,kalau dah merata sekuruh badan sakit woo
ke
cinta tu manis cam gegula
ke
sedap macam cokolat cadburry?
korang pernah bercinta?
rasanya ayat bercinta ni common pada yang dah melaluinya kan
tapi kalau aku tanya korang pernah jatuh cinta tak?
mesti jawapan nye YES pasal lumrah kalau kita pandang something yg cantik dah indah mesti kita jatuh cinta...
cinta memang indah tp bebudak sekarang darjah 1 dah jatuh cinta
betul tak?


Jun 23, 2011

RENUNGAN buat KITA

MANUSIA

1) Dari bujang-kahwin No 1 ----> no.2 -----> dan lain-lain
2) Dari pakai moto kap ---> kancil-wira ---> Honda ----> seterusnya..
3) Badminton -----> Golf ---- dan lain-lain
4) Rumah sewa----> rumah murah ---> rumah teres ---> banglow....
5) Technician ----> supervisor -----> engineer ---> manager...
6) Tv 14' ---> 21' ---> 29' ---> Home theather...
7) Selama ---> Taiping ---> jitra ---- singapore --- landon ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ----> sungai ---> kolam air panas(bayar punye)----> laut dalam (sewa bot mewah)........ Kalong 


....... T E T A P I......

KITA JUGA LUPA......
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIR LAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'
 

Umpamanya:

1) tak sembahyang ----> pastikan sembahyang---> jadikan amalan.....
2) banyak maksiat -----> kurangkan -----> hapuskan...
3) Bangi ----> Madinah ----> Mekah
4) sedekah RM1.00 ----> RM10.00 ---> RM100..00
5) sembahyang dirumah ---> sembahyang di surau/masjid.....
6) 5 jam sehari menonton TV -----> 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----->2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . . 

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, dan lain-lain. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
 

********************

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'
Sekian untuk ingatan kita bersama (sesungguhnya aku juga insan biasa)


p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Jun 22, 2011

RESEPI SUKSES untuk KEJAYAAN

Bahan-bahanya
  • Buku secukupnya (ikut selera masing-masing)
  • Sebuah ketekunan (diparut kerajinan)
  • 4 hiris keinsafan (dimayang)
  • 4 keping kasih sayang
  • Beberapa potong nasihat
  • Beberapa potong Dada
  • Sedikit dendam dan hasad dengki (dihancur dan dilumatkan) 
  • secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)
  • segenggam harapan
  • 1/3 air mata
  • semangkuk azam
  • sekuntum senyuman (untuk hiasan)
  • beberapa helai kesyukuran

cara-caranya

  • buku dipotong 5, dibasuh dan ditoskan, gaulkan buku dan azam. biarkan sebati kedua-duanya.
  • ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter kesungguhan dan 2 liter usaha
  • keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama sehingga sebati.
  • tapiskan air mata dan tumiskan keinsafan, goreng sehingga naik baunya dan sehingga menimbulkan kesedaran.
  • kemudian masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi, kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
  • masukkan pula buku dan campuran dengan usaha, kemudian didihkan.
  • tambahkan pula dengan kerajinan dan malas yang telah digoreng dan ditumbuk halus serta dendam dan hasad dengki yang sudah dilumatkan.
  • akhir sekali, masukkan keinsafan, kesungguhan dan beberapa potong ketaqwaan.
  • bila sudah masak (BERJAYA) rasakan dengan kelazatan (HASILNYA). kalau kurang sedap, tambah lagi dengan ketekunan secukupnya.
  • masak lagi sehingga empuk (PANDAI), kemudian angkat dan biarkan ia sejuk. hidangkan dengan sebuah kebanggaan dan hiasilah dengan sekuntum senyuman.

as a REMAINDER

Assalamualaikum
Bila tiba-tiba tergerak nak buat dosa [mengumpat, cari kesalahan orang,tinggalkan solat], kadang-kadang bisikan hati kita bertentanggan.. (lau budak wataniah ckap "mental jea smua 2")

bisikan pertama
jangan buat benda ni, berdosa! Dah-dah,lekas-lekas istighfar...
bisikan kedua
relax laaa derr. dosa kecik lahh, lepas ni aku solat sunat taubat laa. Allah kan Maha Pengampun.

Bisikan manakah yang akan kita ikut?

Berikut adalah kata Bilal bin Sa'd
Do not think about how small the sin is, but think about who you have just disobeyed
Jangan berfikir tentang betapa kecilnya dosa, tapi berfikir tentang siapa anda barusaja menderhaka kepada.
[elakkan bergantung pada google translate sepenuhnya]
  • terjemahan [versi aku]:
Jangan fikir tentang betapa kecilnya dosa tetapi fikirkan pada siapa telah kamu derhaka.

Dosa tidak kira kecil atau besar, itu tanda kita telah derhaka pada Allah. Nama pun dosa,kan.
Ouch! -_-  sangat terkena pada batang hidung sendiri.
Sengaja nak terjemahkan supaya takdelah orang yang kononnya hebat berbahasa Inggeris sahaja yang ada ilmu lebih. Bagi yang xda ilmu xkan nak gigit kuku jea....
Ingatkan saya andai saya terlupa.(dok  dengaq lagu sangat kan??? kan ana raffali ckp tlg ingatkan aku..)

nota semUt merah:
Kekurangan kosa kata Bahasa Melayu [english:vocab] menyukarkan saya untuk menterjemahkan [english:translate]. sbb 2 sem ni saya x boleh buat MUET lagi rasanya...

IBU dan PEMBOHONGAN

KORANG SEMUA!!! baca ni, bukak mata n hati korg.. sesungguhnya mak korg dah banyak tipu korang atau x. Baca kisah ni.. ni bukan cerita aku, tp sebagai pembaca aku nak korg tahu.

memang susah untuk orang len percaya, tapi itulah yg jadi.. Ibu saya memang sorg yg suka mnipu, senang cita pmbohong!!!! suma pnipuan dia sy catat dlm buku 555...

PEMBOHONGAN YG PRTAMA....
cita ni mula msa sy kecik lg, sya lahir sbgai sorg anak PEREMPUAN dlm sbuah kluarga yg miskin. Makan minum srba kurg. Kmi slalu klapran. ad klalanya smpai bbrapa ari kami x mkan...
sbagai anak yg pling kcil,sya slalu mrungut. Sy mnangis sbb nk lauk n nasik yg bnyk.. tpi ibu cpat mmujuk.. bila mkan ibu slalu bgi bahagian dia kat saya.. smbil memindahkn nasik ke pinggan sy, ibu bkata.."MAKAN LA... IBU X LAPAR...."

PEMBOHONGAN YG KEDUA...
ktika sya mula besar,ibu slalu g mmncing untuk dpatkan ikan. ni suma utk kami... balik mncing,ibu msak gulai.. ibu duduk dsamping kami dan mkan sisa daging ikan yg masih ada di celah-celah tulang drpd bekas sisa ikan yg sy mkan tdi... sy sdeh lihat ibu... bila sy bg ikan yg ad dlm pnggan sy... ibu cpat mnolak... ibu kata " MAKANLAH... IBU X SUKA MAKAN IKAN"..

PEMBOHONGAN YG KETIGA...
msa remaja, sy di skolah mngah. ibu prgi kedai untuk mnjual semua hasil krjanya untuk sara abg dan kakak... 1 hari, lbeh kurg pkui 1.30 pgi .. sy trjaga dri tdur...  sy lihat ibu mmbuat kuih dngan brtmankan sbuah pelita.. bbrapa kali sy lihat ibu tersengguk senguk kerana trlalu mngtok... sya tny... "ibu buat ap ni????" ibu trsenyum.... lalu dia brkata..."TIDOR LA... IBU X MENGANTOK LAGI...."

PEMBOHONGAN YG KEEMPAT...
di ujung mnggu prskolahan.. ibu mnta cti spaya dpt tman sy prgi sek untk mnduduki ppriksaan pnting. Ktika ari sudah siang, matahari trik panas suda mnyinari.. ibu tros sbar tnggu sy di luar dewan.. ibu slalu snyum dan mulutnya trkumat kamit mmbaca doa untuk sy agar cmrlang dlm ppriksaan....
loceng bbunyi tnda ppriksaan tamat.. ibu tros mndapatkan sy dan tros mnuang kopi yg dibawa... ibu hulurkan kpada sy... msa tngah minum sy tngok tubuh ibu dibasahi peloh... cpat2 sy bg cawan sya kpada ibu... tpi ibu menolak... ibu kata ..."MINUMLA... IBU X DAHAGA...."

PEMBOHONGAN YG KELIMA....
ibu pernah cerita, ayah mninggal stelah bbrapa bulan ibu mlahirkan sy... ibu la ambil tugas sbagai ayah... ibu krja di kebun.. buat pnayapu lidi, dan jual kuih muih... tpi ap la sngt kudrat seorg wanita nk tmpuh sumanya... idop kami smakin ssah.. melihat keluarga kami yg smakin parah... dtg seorg pakcik yg nk bntu kluarga kami... tpi ibu mnolak...
jiran2 pon nasihat kat ibu spaya mnikah lg agar khidupan kami lbeh trjamin... tpi jwapan ibu.... "SAYA X PRLUKAN CINTA, SAYA ADA ANAK2X SUDAH MEMADAI..."

PEMBOHONGAN YG KEENAM...
stelah kakak dan abg habes blajar... diorang dah mula krja... ibu pon dah tua... abg dan kaka soh mak rehat kat umah... x yah cri duit dah... tpi ibu ttap brdegil...abg ngan kakak slalu kirimkan duit untuk bntu ibu.. tpi ibu kirimkan balik duit itu... dlm surat ibu kata... "JANGAN SUSAH2... IBU AD DUIT..."

PEMBOHONGAN YG KETUJUH....
stelah tamat pngajian.. sy dpt mlnjutkan plajaran ke luar ngeri... pngajian dibiayai penuh oleh sbuah syrikat yg besar... sy sudahi pngajian dngan cemrlang.. sy trpaksa bkrja dngan syrikat tersebut...
dngan gaji yg agak lumayan... sy mngajak ibu untuk prgi ke luar negeri... tpi ibu mnolak... ibu kata ..." X PAYAHLAH... IBU X BIASA DENGAN NEGARA ORANG..."

PEMBOHONGAN YG KE LAPAN...
bbrapa thun brlalu... stu mlam sya trima brita yg ibu mngidap kanser.. ibu msti dbedah scpat mngkin... sy yg jauh trus pulang utk mlihat keadaan ibu.. sy lihat ibu trbaring lemah... ibu masih mmpu senyum... sy mnjdi sebak mlihat keadaan ibu....sy cium tngan ibu...kucup pipi ibu dan dahinya... pantas ibu mengesat air mata sy... ibu bekata ... "JANGAN MENANGIS.... IBU X SAKIT PUN...."

stelah mngucapkan pmbohongannya yg kelapan... ibu MENUTUP  mata buat slama lamnya....
SAYANGILAH EMAK ANDA WALAUPUN DIA SERING MENIPU....

AL-QURAN dan SYAITAN


Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap syaitan...

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa jea…(releks laaa)
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga (hah???)
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah (ishhhh)
4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang (arhhhhhhh)
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke....


Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .

Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan :)

HUJAN...sangat cemburukan SAYA

kenapa ekk hujan cemburukan saya?? tau x ape y hujan dah wat??? pg tadi mak saya suruh basuh semua baju yang saya nak bawak balik ke kuliah, dengan berat kaki ni melangkah pergi kutip baju n basuh... banyak sangat, penat...... lebey kurang 1 jam la main air sambil tggu mesin putar baju2 tu, hurmmm siap!!! dah keringkan semua baju n mula menyidai kain2x tersebut...penuh penyidai.. tau x, helaian kain yang terakhir hujan mula rintik-rintik. tip tap tip tap...arhhhh geramnya...penat larh nak agkat kain, mmg la hujan 2 rahmat, tp nape hujan cemburukan saya???       


  

Jun 21, 2011

cerita JUVANA memang bessst

salam...(x jawab dosew) n salam sejahtera 4 non muslim. nehhh aku nak story morey sikit gan korg...cerite ap??? sabo la sikit derrr, xlari gunung di kejar sbb gunung xda kaki....macam ni ceritanya...sepanjang cuti sem ni...setiap hari isnin malam selasa pukul 9 mlm di TV3, aku dok tengok cite JUVANA tu ha...cerita 2 mmg best sampy nak gila aku tengok dengan watak2x pelakon y menjadi2x 2...korg tengok x??? aku sarankan korang tengok la... tahu x korg, bkn semua org y masok skolah jahat 2 jahat..... y teranayai pon ada auuuu, cerita 2 bnyak main gan emosi lau sape ymenjiwai watak2x kat situ... bkn suruh kau orang berlakon la.... cuma fokus lebey sikit lau nengok cite 2... yang aku fruss 2 bkn apew... nti dah balik hostel (kompem xdapat tengok dah) mna la aku nak seludup tv untuk tengok cite juvana 2...adoiiii, nk bwk laptop adik aku y adew tv ni pon sush jugak beruk bin band aku dah xguna...apew pon aku tuggu jela masa 2... kot2 aku dapsat hadiah tv kea time beli barang kat jitra mall... korg y adew tv 2 jangan lupe ekk tlg tengok cite JUVANA 2 untuk aku...keyh lah...cauuu cin cin...

Mei 23, 2011

SWEET to be SINGGLE

single tu lebih baik... sebab:
  •  banyak waktu terluang dengan family
  •  banyak waktu terluang dengan kawan-kawan untuk berkongsi apa jua keadaan.
  • lebih menumpukan diri dalam pelajaran
  •  xda orang nak cemburukan kita lau ramai kawan lelaki (actualy xla ramai mana) 
  • suka hati nak watpa (mkn,tido, main or wat ever) 
  • mengelakkan fruss xtentu hala (bila dah sayang orang 2 keciwakan kita, of corse sakit hati kn??)
  •  lebih terjurus untuk memikirkan masa depan "apa yang penting family always firstly...."

Mei 20, 2011

CINTA dan PENGORBANAN

CINTA yang agung adalah ketika kamu menitiskan air mata dan masih peduli padanya. ketika dia tidak mempedulikan kamu dan kamu masih menunggunya dengan setia, ketika dia mulai mencintai orang lain, dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata “aku turut berbahagia untukmu” apabila cinta tidak berhasil bebaskan dirimu, biarkan hatimu kembali membebaskan syapnya dan terbang ke alam bebas lagi ingatlah, “kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya” tapi ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati bersamanya.. pesanan aku pada orang yang terluka: orang terkuat bukan mereka yang selalu menang melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh....

Mei 19, 2011

hello, hello, KOPI kea MILO ????


wake up! wake up! aku da banyak siakan masa yang aku ad disebabkan perkara yang lepas. so,now aku nak mulakan hidup baru... post2 tawon lepas aku dah delete cos aku xnak kenang kisah lama... harap semuanya berjalan lancar yea semut !!!aku pon tak paham kenapa sebelom ni aku just wat blog untuk aku jea y tengok??? watever la.....