I may not be a good friend and poor, and I tried to be the best, but I still appreciate every moment that God has given to me..

November 03, 2011

renung-renungkan.....

Ujian dan dugaan datang dalam pelbagai warna dan rasa...yang penting bagaimana manusia melihat dan menilai...ramai yang terjatuh dek kerakusan hatinya.


Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.


Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.


Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah. Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan