I may not be a good friend and poor, and I tried to be the best, but I still appreciate every moment that God has given to me..

November 02, 2012

ucapkanlah



Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. 
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia 
berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..

Oktober 30, 2012

sakitnya hati aku gan mamat ni, kerja halai balai... pas2 kot la bila org da ckp uhh nk ambil tau sikit, wat ego plak dy, wat kurg pahala posa aq ja, asal la ad manusia cam ni.. engt bagus sgt ke??? sabaq banyk!!!

Siapakah WANITA KUAT itu ?


✔ Dia tersenyum saat tertekan .

✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .

✔ Dia tabah saat dihina .

✔ Dia mempersona kerana memaafkan .

✔ Dia mengasihi tanpa balasan .

✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .

#be strong gurl Anna Cici

Oktober 24, 2012

생일 축하 해요 -il chugha haeyo

assalammualaikum.........
opsss, t'over lak senyum, melampau terlapau....
pejam celikkkkk, pejam celik.. 24 0ktokber 1992 lahirlah seorang budak y cute a.k.a comei y nakal bagai ni "생일 축하 해요 -il chugha haeyo, " maksudnya "selamat hary lahir" antara sedar atau x, realiti atau fantasi, mimpi atau ngigau, opsss sma jepp.. masa tetap berlalu, laa nii genap umo aq 20 tahun, sweet 20-ty not 20 teen, sweet kea?? teen 2 ap jadahnye spatotnye da xde?? bkn ap.... maseh xnk ngaku tua, cissss lupa daratan.. da tua rupanya....
#stay xtido menyiapkan proposal y tetap xboleh ciappp 

time 2 g toilet tggl lappy kt blik study, ni la hasilnya..

apa yang penting?? syukur Alhamdulilah kerana 20 tahun sudah diberi kesempatan untuk hidup dan menikmati dunia sementara, owsome!! but still xpuas ati a.k.a sedeh sbb da 2 tawon beturut2 xdpt sambut bufday gan family, mesti akn sambut bbrapa bulan selepasnya tah bufday sape time uhhh.. sape x sedeh wehhh xda gan family time gini... anyway i redha u, sbb i pergi menuntut ilmu.. ni pon salah 1 pengorbanan anaknda terhadap bondanya.... :) giler kalo xsuit... "saya sayang mak saya" muka ja ganas... ati ad taman..maseh pd kengkawan y wish kt muka buku mcm karangan x larat nk "like", twit, myspace, sms y xmampu balas sbb tlampau tramai "bankrup" aku, n y lain2.. y paling sweetnya kt bilik study... ap ditulisnya kt lappy itew?? tengok gambo uhhh, sape nye koje la.. hadiah ari jadi?? manyak...jerawat 4 butir kt pipi belah kanan, g class dak2 clas tanya, jwpnnya " jerawat epy bufday" ad aku kisah??? padahal geramnye gan jerawat ni, picit kang.... nasib x kena tepung feat telur, coz ad y da wat perancangan.. ketakutan i g class.. k stop!

ape istimewanya aku?? bukan o.k.u keyh, sifat org oktober y ad kat aq:
  • Suka berbual. 
  • Suka orang yang sayang padanya. 
  • Suka ambil jln tengah. 
  • Tidak pandai berpura-pura. 
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. 
  • Sentiasa berkawan. 
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. 
  • Cepat marah. 
  • Macam pentingkan diri sendiri. 
  • Tidak menolong orang kecuali diminta. 
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri. 
  • Tidak suka terima pandangan orang lain. 
  • Emosi yang mudah terusik. 
  • Suka berangan & pandai bercakap. 
  • Emosi yang kelam kabut. 
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). 
  • Suka melancong, bidang sastera & seni. 
  • Pengasih, penyayang 
kredit : Dato Dr.Fadzilah Kamsah
keyh, azam sempena ari kelahiran and wish aku:
  • nak jadi anak y solehah
  • nak jadi sorg pemaaf
  • nak jadi seorang insan yang berjaya di dunia n akhirat kelak, aminnn
  • nak kawin umo 28
  • nak suami yang penyayang (gatal nya aku??) kena la doa dulu, cam gini....
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin….
#habluminallah habluminnas :) moga tahun ini lebih baik dari tawon lepas....
*peace no war :)





Oktober 19, 2012

wake up early

peace!!
tikah, aku, aimi

waaaa, ngantuk sebenonye.... lupa y arineh ada janji gan dak-dak ni nak main volley ball..baru kalot nk cari bola bagai, hahahha, tp ta cukup korem, atang sakit kaki, omet tikah lesappp, tggal atin ,tikah gan aimi jeppp.. by t way... sonok gak, kiteowg tuko plan.. g wat xercise kt gelanggang squashy kt bolakang kamsis ni haaaa, pas2 tawaf poli, kan da nk raya korban ni... org tawaf kaabah, aku tawaf polimas, sempoi! pape pon hepy vs penat
atin, aku, aimi


Oktober 12, 2012

aku kuat TOUCHING

tempat lepak aku bersama.....
sekian lama tangan aq ni xdapat nk nulis, arrrrrr, parkinson??? citenye pejam celik, pejam xcelik2x blik clas asyik tido jeppp, menuang gak dgn program hostelz time magrib kdg2, opsss xsengja, tido d tilam y empuk (muka bahagia)  :) , tah lah dadah lebih dos kot, duduk dekat kedah ni dekat gan siam..stock baik punye....kena memang xbangun, berkat air liur basi kat bantal ...weeee. stop!!
semua 2 xda kaitan, ckp bb touching.. aq ni terasa lbih lak bru2 ni.. moody jdnya. asalan aq dak y kecoh gila bertukar mnjd sorg y pendiam, owhhh that not me!! tp mmg aq xblh nk bkta2, hati sakit 1 mcm, puncanya sbb pndrive jew pon, tah la c dia sedar ke idak myb just simple thing buat dia, y penting aq terasa.. aiii sengalnya aq, muka ganas ati ad taman, tp sebenarnya, aq rindu gila bai2 kt depa 2, slalu dok kacau depa bila seari xkacau aq y sasau.. but aq tau ad org suka bnda ni jd, senyum sokmo kau ek!! ad aq kesah?? xfren la kalo xgadoh an, kau ad??? lbih baik aq diam, wat muka innoncent... by t way aq miss gila kat korg!!
bukan muka2 di atas, sila abaikan...gambar hiasan semata2 bg semak wall :P

April 19, 2012

sahabat untuk selamanya

teringat akan kata-kata seorang pakcik kat aku "ibu bapa kita akan mati, tapi kawan takkan mati" cubalah fahami kata-kata tu.. kita cuma ada seorang mak n abah, tapi ramai kawan... ilang 1 kawan ad lg y lain...kan???
kawan 2:

  • yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  • yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  • yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

April 18, 2012

geram + marah

sapa y sabotaj aku plak ni... jahanam blog aku... nasib aku ad wat backup blog siap2x.. lau x pakat nangeh xbelagu la, ella, faizal tahir n aizat sungai lui xmampu menahan air mata aku ni... jahanam x sikit... sabotaj teruk2x punya..(mmg aku like kau manusia teruk2x....) magkuk ayun bertingkat2x... engat senang ka nak wat blog ni.. walaupun buruk asenya xda msalah ot gan ssapa yang try untuk sabotaj i 2, mmg agak kurang adab di situ.... thanx!!!!

April 16, 2012

story mory jodoh

story mory sikit bb jodoh.. kan aku dah kata, xperlu hipo2krit kalau berpacaran....
awak ni pangai x matang, mcm budak2x...2 xpenting, kau paham ni.. kau akan paham segalanya.....

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?




7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

that all, tamat sudaaa.. okby

April 15, 2012

it is true?? aku tak matang??

alorhhhh, benarkah?? apakah?? my mom said "kau 2 mmg... semua x cukop, perangai macam budak2x, makan xcukup, tinggi x cukup, semua x cukup" tapi aku jawab "mother, I was 20 years old now... masak boleh, cuci kain sendiri boleh, uruskan urusan-urusan rasmi sendiri boleh, all pon boleh... nak kawin pon dah boleh tau....he3x". Mom said "jangan gatal-gatal, belajar dulu" persoalan sekarang.. bukan pasal kawin ok.... about my mom said "aku x mature" benarkah?? but dah mmg pangai aku camni... jangan nak ladies sangat la.. t orang terpikat susahhhh pulak, baru aku pakai baju kurung.. dah orang tertunggu2x bila nak pakai baju kurung lagi... comel kea?? he3x.. udah2x la perasan nye... wat orang meluat jew baca... peace :)

April 14, 2012

sumpah aku miss someone...

arhhhh, memang menyakitkan bila kita sayang seseorang tu....
asallah aku ni an (gedik kea aku??) myampahnya..... ase nak ketuk-ketuk lappy ni... bnyak cantik muka aku... dah berhabis duet aku RM380 ringgit malaysia ad hati nak lingkupkan lg... tp series wa ingat sama lu..... wa pakai baju pon wa ingat sama lu... sengal gila ayat aku... tolong la memahami sikit :P

April 01, 2012

tafsiran cinta

CINTA
satu perkataan yang sering kita dengar. macam-macam maksud yang orang tafsir. setiap orang ade tafsiran sendiri mengenai cinta. ada acuan sendiri untuk kisah cinta mereka.

CINTA Sejati
sangat sukar ditemui. tapi tu tak bermakna ianya tak wujud. kan?

Pada aku CINTA
a GAME with NO rule
(coz play it safe, play it right, its a gamble)

CINTA pada Korang???
(*sila beri tafsiran sendiri*)