I may not be a good friend and poor, and I tried to be the best, but I still appreciate every moment that God has given to me..

Disember 04, 2011

LELAKI vs LOVE is CINTA

CINTA
satu perkataan yang sering kita dengar. macam-macam maksud yang orang tafsir. setiap orang ade tafsiran sendiri mengenai cinta. ada acuan sendiri untuk kisah cinta mereka.

CINTA Sejati
sangat sukar ditemui. tapi tu tak bermakna ianya tak wujud. kan?

Pada aku CINTA
a GAME with NO rule
(coz play it safe, play it right, its a gamble)

CINTA pada Korang???
(*sila beri tafsiran sendiri*)

"American Idol 2011 Chris Medina Fiance Has Brain Damage and Sings His Heart Break Even For Her"

AKU bukan DOKTER FALSAFAH

malam-malam sunyi..kadang-kadang buat aq ingat kisah lama...
takdir mengubah segalanya....
(jap... kasi aq bersajak suka2x)
"panas sampai ke petang"
itu harapan
"hujan di tengah hari"
itu dugaan
"hadirnya pelangi selepas hujan"
itu rahmat tuhan

pelangi??
pelangi itu indah
berwarna warni
sempurna pada pandangan
sesempurna jalan ceritanya
hadirnya selepas hujan


kehidupan??
hakikat hidup tak semua indah
namun
setiap janji ALLAH itu pasti
setiap yang terjadi ada hikmahnya
setiap zarah bergerak ada tujuannya
setiap liku kehidupan ada matlamatnya
(macam dokter falsafah la pulak)

merangkak kadang terkandas
(dah boleh jalan nak merangkak)
berjalan kadang jatuh
berlari kadang tersungkur
sakitnya usah dicerita
deritanya tak semua mampu rasa
kerana kita semua punya jalan tersendiri
jalan yang sempurna atas kehendak-NYA
bersyukurlah kita diuji
itu bukti kasih sayang-NYA
bersyukurlah atas semua nikmat-NYA

Firman Allah yang bermaksud:
“Jika engkau bersyukur atas nikmat-Ku, nescaya akan Aku tambah. Dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

November 30, 2011

my heart fav movie aku

series... mau sangat tengok cita nehhhh... ntah la nak ckp mcm na... nak kata ada sama gan kisah idop aq??? x kot... tp series aq xkn jemu tengok cita nehhh... sedey 2 ad la gak..
puas dok cari full movie dy.. tp ta jumpa.. cari cd kat kedai telah la nak ad... dah lama da cita neyyyyy

November 03, 2011

renung-renungkan.....

Ujian dan dugaan datang dalam pelbagai warna dan rasa...yang penting bagaimana manusia melihat dan menilai...ramai yang terjatuh dek kerakusan hatinya.


Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.


Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.


Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah. Wallahua’lam.